There was an error in this gadget

Monday, 15 August 2011

sedihnya hati!

Salam dan selamat pagi..
jam kini menunjukkan pukul 2.17 pagi..
waktu sebegini sudah lewat bagi setengah orang..
tapi bagi diriku yang bergelar pelajar, masa ini tidak lewat..
masa sebeginilah yang digunakan dalam menyiapkan segala tugasan, dan studystudy..
dah biasa tidur dalam pukul 4-5 pagi, jadi ia amat sukar untuk diriku melelapkan mata..
tambahan mendengar lagu yang berkumandang di radio, 
mata kini menjadi semakin segar dan segar..
tambahan lagu-lagu diputarkan kebanyakan lagu raya..
padahal baru 16 hari umat islam menyambut bulan ramadhan tetapi lagu raya sudah berkumandang di sekitar radio..terasa sungguh sedih tatkala mendengar lagu raya..
tiba sahaja hati ini berasa sayu dan sayu mengenangkan nasib yang kini berada di perantaraan..
sudah 16 hari berposa tetapi diri ini tidak berpeluang untuk berbuka posa di kampung halaman..
betapa sedihnya hati ini..teringin sekali berbuka posa di kampung tetapi tidak berkesempatan..
dengan cutinya tidak ada..memang tak berbaloi untuk pulang ke kampung selama dua hari..
jadi hati ini meronta-ronta untuk pulang ke kampung..
sungguh sedih apabila berjauhan dari family..rasa terseksa apabila lama tidak pulang ke kampung..
rindu ini membuak2 untuk berjumpa keluarga tercinta di sana..
tambahan mak, ayah, adik serta njang..
sabarlah hati minggu depan masa yang dinanti-nanti untuk pulang ke kampung..
dapat berposa selama lima hari sahaja di kampung setelah itu umat islam 
akan memyambut syawal..
cuti lebih kurang seminggu sahaja raya ke-4 harus bertolak balik ke alor star,:'(
sedihnya hanya seminggu sahaja bercuti..rasa hati ini tidak puas tatkala 
berada di kampung halaman..
tetapi apa-apa pun bersyukur dapat jugak pulang ke kampung walaupun
 hanya sekejap sahaja cutinya..
tidak sabar rasanya untuk menanti tibanya hari jumaat pada miggu hadapan..
balik kampung balik kampung...:)

kampungku!:)


Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang


Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti