Wednesday 27 July 2011

Hoorayyy,hati sungguh gembira

malam masih muda, jadi x terasa hati untuk memejamkan mata..
terasa sungguh gembira...sebabnya??
esok nak balik kampung...balik kampung....hoooo..
bukan senang nak balik kampung..
nak kata kampung jauh x lah jauhnya, still di dalam negeri kedah..
boleh dikatakan 3jam jugaklah kalau balik nek bas..
kalau nek motor dalam 2 jam dah sampai, ha mau tau lah..bawa motor kalah mat-mat rempit di luar sana tue..
heeee, percaya ka??x da lah, x beranilah nak bawa motor laju-laju..
yang penting biar lambat asal selamat..x gitu ka??
ingat pepatah nie masa nak bawa motor k!jadi x lah terasa hati nak bawa motor laju-laju..
lagi satu ingatlah orang yang tersayang! orang tersayang?? haaa mesti ingat bf or gf kan??
yang tue pun ia lah jugak, tapi yang paling sayangkan kita semestilah mak ayah kita kan..
so beringat-ingatlah semasa menunggang motorsikal..
tambahan bagi perempuan yang bawa motor sorang-sorang,bahaya tau!
kotlah tayar motor pancit ka pa ka camana nak buat kan,
kalau ada peneman x lah takut sangat..tue sebab sampai sekarang saya x berani balik kampung nek motor sorang-sorang...dah lah jauh tambahan jalan pun x berapa nak fasih...
silap hari bulan x sampai kulim sampai ke tempat len pulak..
cukup-cukuplah sekali sahaja sesat ke tempat len..
tidak sepatutnya naik motor dalam 2 jam lebih dah sampai tapi nie duk atas motor sampai 5 jam..
nasiblah masa tue motor x jadi pa-pa kalau tidak mau teriak x berlagu lah,huaaa..
x mau-mau takut dah nak ingat-ingat balik kejadian tue terjadi masa semester 2..
tue sebab saya amik keputusan untuk balik kampung esok dengan nek bas sahaja..
senang, x lah nak risau kan..
x sabarnya wahai hati, nak tunggu habis kelas dalam pukul tiga tue..
cuti kali nie sat ja x cuti panjang masa hari tue, cuti dalam 4 hari aja..
ok lah tue boleh lah lepaskan rindu yang mendalam nie kat family di sana..
rindu sangat-sangat kat adik yang comel tue, dengan mak ayah..
boleh lah pergi melawat akak ipar nanti..
rindu aishhh kat kak sorang nie, tidak dulu praktikal asyik dengan akak ja..
pergi mana-mana pun dengan akak ja...la nie dah duk jauh-jauh..
rindu kat akak...akak x cihat sejak disahkan mengandung..
biasalah pembawa budak tambahan lagi anak first pulak..
tahun depan dapat anak nakan pulak, bestnya! best..
x sabar nak jumpa family kat sana...
haiiii x sabar betul nak tunggu pagi...:) cepatlah pagi...
memang gembira tak terkatalah..hoooraaayyyyyyy

lebih kurang beginilah senyumanku di pagi buta ini..
senyum sampai ke telinga..


Friday 22 July 2011

ulat bulu naik daun!

Assalamualaikum semua,

Sudah lama rasanya tidak menjenguk blogger rintihan hati ini..
Terasa terlalu merindui mu wahai rintihan hatiku tetapi tidak berkesempatan untuk
menulis cerita yang terbaru..mana tidaknya,
asal nak menulis ja tentang diri ini pasti ada sahaja halangannya..
pastue tertutup lah idea yang bermain-main di ruangan minda ini..
nasiblah kau wahai rintihan hati ini..dah bersawang rasanya blogger ini,
rasanya sudah terlalu lama tidak mengupdate cerita yang terbaru..
hanya yang menemani mu di saban hari semestinya lah labah-labah..
nasiblah kau wahai rintihan hati.. :)
janganlah kau sedih,kini aku sudah kembali untuk menulis cerita ini..
hanya engkau sahaja tempat untuk meluahkan perasaan..kaulah orang pertama
yang tahu apa yang berlaku pada diriku…sebabnya aku terlalu sayangkan kau..
jika ada ja masalah kau lah orang yang pertama aku akan luahkan…
aku terlalu sedih sangat malam nie wahai rintihan hati..
entah apa yang menyebabkan kesedihan ini terjadi??aku pun x tau bagaimana untuk
ceritakan pada engkau…gara-gara seseorang lah yang menyebabkan aku sedih..
eeee benci gila, jahat betullah kalau ada sekarang nie memang rasa macam
nak penampar ja dua-tiga das, biar dia rasa bagaimana sakitnya hati
nie…baru dia tau macamana sakitnya hati ini dengan sedihnya
hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu….
Ada pepatah mengatakan:ulat bulu dah naik daun???
Agak-agaknya apa dia di sebalik pepatah tersebut ya!
Masing-masing mempunyai tafsiran yang tersendiri..
Beginilah keadaannya apabila ulat bulu dah naik daun..
Gatal merenyam aja, huishhh rasa geram ja..
Sabarlah wahai hati…

 cantik kan ulat bulu nie..tapi bila kena seseorang mau tau lah
macamana rasa gatalnya..

 yang nie lagi lah cantik...siap berwarna warni lagi..
cantik pun wat apa, tapi x da pun orang yang ingin membelanya..
anda nak ka bela??mesti x mau kan!:)

comelnya montel pulak tue..
lain dari yang lain aja kan..

di sebalik tulisan ini ada unsur ayat yang tersurat..
fahamilah sendirilah ya..:))