Saturday, 14 May 2011

~~Jejalan bersama my best friend~~

Perasaan gembira teramat-amat sangat sebab dapat bertemu dengan sahabat saya sejak sekian lamanya x bertemu...rasa begitu gembira sekali dapat meluangkan masa kami berdua bersama2 tanpa orang lain...
rasa macam seperti pasangan kekasih pulak...
kami berdua berjalan ke sini ke sana tanpa ada gangguan dari orang len...
bukan senang nak meluangkan masa bersama-sama..
liyana merangkap kawan bek saya hanya cuti hari jmaat sahaja...
hari len dia bekerja so hari len saya duk rumah saja lah...habiskan report....
hari jumaat minggu depan kita kuar g joging plak tau yana???hehehe...
kita kena capai target untuk kuruskan badan nie balik macam dulu-dulu....

Nak kurus macam nie balik…nanti kita g jogging tau…
J

Tak sabarnya nak g jogging..dah lama x tengok keindahan tasik mengkuang dam..syoknya…

Tak sabarnya nak tunggu hari jumaat nie…
nak g jogging dengan kawan bek saya..
yana set masa tau jumaat nie kta g jogging..

tapi tu lah masalah saya nak kuar ja masti adik nak ikut..
x boleh langsung berenggang..tapi susah lah nak g mana semua nak ikut..
sampai kan selama bercuti 2 bulan nie,adik tidur gan saya lah..

tdak sebelum nie tdur gan mak ayah…
setiap kali saya kuar pasti dia akan ikut,,,
setiap kali saya nak wat kerja pasti akan ikut masuk bilik saya jugak…
bila saya marah dia,ayah marah saya balik katanya dah lama kak tinggal dia…

dia nak manja gan kak lah…adoiii masalah btullah…
camana yana x pa walau camana pun kita tetap akan g jogging..hehehhehehehe..
misi kita harus diteruskan…


Berbalik kepada cerita asal…hahahha terlari dari cerita asal pulak…
jangan marah erk…
kelmarin saya kuar jejalan dengan my best friend pergi tesco taman selasih..

Almaklumlah kat kawasan nie baru nak maju sikit kan..

baru nak da giant,tesco….hai x lama lagi pekan kulim tutuplah..
ya la semua orang pakat serbu g giant dengan tesco ja kedai kecik yang sekitar pekan kulim pasti orang x pi dah…termasuklah saya…J
semalam kami pusing sekitar tesco lah…
jalan-jalan cari barang bahan basah mcm sayur per..
fuhhh betapa murahnya harga sayur di sekitar tesco lah..
lobak 4 biji baru harga 40 sen ja macam x percaya ja…
tapi saya x beli pun tengok ja…
kawan saya jer yang beli…
saya Cuma cari bahan2 macam coklat pa sebab hari selasa mak gan ayah nak wat kenduri skit dengan hari jadi adik yang kecik tu…
dah habis pusing-pusing sekitar tesco kami pergi makan pulak..
kaki x terasa letih pun walaupun duk jalan berapa kali kat kwasan yang sama sekitar tesco..
sebabnya saya dengan kawan saya sambil jalan2 duk sembang itu ini..
tu yang x rasa letih pun..
kawan saya bawa g makan pizza bukan pizza hut..tapi pizza nie lebih sedapp dri pizza yang betul tau…memang sedapppp…nyummm…
harga pula berpatutan…


thank yana coz :-
*belanja aku makan* 
*teman aku jejalan sekitar tesco* 
 *tolong bawa barang aku walaupun raga motor hang full* hehhehehe kalau pancit memang kita duk kat situ lah…
*teman aku g kedai borong beli coklat* ,
*tolong pilihkan coklat yang kanak2 suka makan* hahaha aku kalau boleh smua nak amik coklat2 kat kedai tu..sedap2 belaka….tak boleh tengok coklat langsung…
*tolong tetaskan jahitan kat inner tudung* kalau tidak aku pakai nmpak muka bulat ler…
*tolong ajarkan aku pakai selendang* betapa terpesona nya bila aku pkai selendang hasil tunjuk ajar hg…comellll..nanti kita kuar kita pkai slendang tau…


thank so much yana…I always love u forever….
don’t forget me k…

Sedapp betullah pizza nie yana..memang betul2 sedap…
nanti kita g makan lagi tau…



Sedappp betul pizza nie..



Nie pizza kawan saya…nyummm..

Aksi suap menyuap…romantiknya…

Nie lah giliran saya pulak..coca cola..sedap…

Habis jer makan pizza kami pergi plak kedai borong…
pergi cari coklat untuk dipacking masa hari jadi adik nanti…
kat situ coklat memang murah2 sangat..

Kepada sesiapa yang nak wat perniagaan boleh lah pergi kedai borong tu..
pelbagai jenis coklat ada kat situ..boleh jadi rambang mata lah nak beli coklat…
nasib lah ada kawan saya dialah tolong pilihkan coklat pa yang sesuai tuk kanak2..
kalau ikutkan saya semuanya saya nak beli…

sedap sangat2 tengok coklat banyak2 nie…
dah ler kami pergi nek motor bayangkanlah betapa full nya raga mtor kwan saya..
penuh dengan coklat2 tu nasiblah tayar motor x pancit kan yana..
kalau tak kita suruh uncle kedai tu hantar kita balik rumah lah…hehehehhehe…
habis lah kami shoping2 per yana hantar saya balik rumah…
selepas tu plak yana ajar saya cara2 nak pakai selendang…
yana ajarkan pakai selendang siti nur haliza..

saya mna lah reti pakai selendang…tudung biasa tu boleh lah bergaya dengan macam2 jenis trend…selendang nie nak kena lilit sana lilit sni…pening…tapi sekarang saya dah pandai pakai selendang..
nie berkat kawan bek saya ajarkan saya pkai selendang…

Nie cubaan pertama saya…

Selendang siti nur haliza…tapi saya still nur nabila..
ahakkk…
J

hahahaha tengok pa lah tu…we are twin…

Sama kan muka kami berdua..tiap kami kuar mesti orang Tanya kembar ker???apa lagi kami kata lah kembar seiras..hahaha nakalnya…

saya sayang kamoo sampai bila2…kita tetap best friend forever…
t kahwin saya nak jadi pengapit awak tau…hehehhe…

Wednesday, 11 May 2011

~report oh report~~

jangan tau berlengah-lengahkan masa...
sekejap shaja dah nak habis masa tersebut..mula dari skarang!!!!

dah genap sebelas hari saya bercuti..
sekejap sahaja masa sekarang nie pejam celik pejam celik dah sebelas hari..
rasa sekejap ja masa la nie..
report bilalah nak siap nie...sungguh tekanan tengok contoh report yang berlambak2..
report yang mana satu harus ikut..
contoh report terlalu banyak sampai kepala dah pening nak ikut yang mana satu..
setiap report punya contoh len2 yang x sama dengan report yang len..
contoh report pertama ada perakuan report kedua x da perakuan..
yang mana 1 harus diikuti..????
pening..pening..pening...
so yang paling terbaik amik lah pa yang ada dalam report tersebut kan senang...
tapi janganlah pakai men amik ja tapi tengok lah yang mana patut letak yang mna x perlu letakkan..
kena pandai2 lah...

tebal kan report nie...nak wat report nie lbih kurang 80 muka surat ke atas..
bilalah idea nak datang nie?????


saban hari duk memikirkan idea apa yang harus diletakkan di dalam buku report nie..
mungkin idea x kan datang dalam keadaan yang bising...
sampai tekanan rasanya bila berada di rumah nie..
kalau tahu lebih bek duk kat alor star gan abang...
senyap sepi ja di sana..x da sapa nak ganggu saya wat report..
tapi di sini..adik selalu ja kacau saya wat report..
tiap kali saya masuk bilik pasti dia akan ikut masuk jugak..
bila saya marah dia,ayah marah saya balik..
so cmana lah report saya nak siap dengan sempurna...halangan banyak betul...
sabar je lah wahai nabila...
pasti akan siap jugak report saya 1 hari nanti...
saya akan mula wat report dari skarang..masa itu bagaikan emas...
x boleh nak buang masa mcam tu ja...
nanti diri merana kerana sampai waktu report perlu dihantar...
masa tu jangan kelam kabut dan menyesal...
masa dua bulan x cukup lagi untuk kita...

yang penting sekarang nie mula dari sekarang..
ingat bahwa masa itu x lama...
pandai2 bahagikan masa bila masa itu lapang..
jangan biarkan ianya pergi macam tu ja...sapa yang rugi??
saya jugak....

saya mesti wat report akhir dengan sempurna untuk tingkatkan pointer untuk semester nie..
saya boleh..ingat report hanya mudah shaja sbabnya semua nya dah trcatat dalam buku log kita tentang kerja yang kita wat sepanjang praktikal..
macam2 halangan yang saya lalui msa praktikal..ingat bukan senang saya nak lulus praktikal dengan jayanya..
macam2 rintangan halngan yang saya hadapi..dengan gelagat bos yang susah nak bagi kami lulus dalam praktikal nie..
ada2 sahaja ugutan bos untuk bagi kami failed dalam praktikal..
tapi sekarang dah tamat jadi tumpu untuk report akhir..
saya pasti boleh...saya x kan putus asa lagi...



Monday, 9 May 2011

~sungguh letih teramat sangat~

Baru kini saya tahu betapa letihnya seorang ibu menguruskan rumah tangga sepenuh masa..
boleh dikatakan x henti lakukan kerja dari seawal pagi hingga ke malam...
bertambah letihnya seorang ibu yang hanya duk rmah berbanding seorang ayah kuar mencari rezki di luar sana..
ayah kuar rumah hanya pergi kerja dan sampai waktu berhat akan brhat makan sembg2 dengan kawan..
tapi ibu walaupun hanya menguruskan rumah tangga tapi letih berbanding ayah yang pergi krja..
walaupun hanya duduk rumah tapi kerja yang dilakukan memang x prnah berhenti..
dari satu kerja wat pula krja lain..
boleh dikatakn malam brulah dapat berehat..
baru kini aku tahu betapa penatnya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa..
hari nie seawal pukul 7 lebih dah bangun..
bangun saja terus pergi jaga 3 orang budak yang mak mengasuh..
sorang baby,sorang 2 tahun dan sorang lagi 4 tahun..
betapa tekanannya pepagi dah marah kat budak2 tu..
hai alamatnya ya x lama lagi tekanan drah tinggi per...

x mau la da darah tinggi masa usia muda nie..minta simpang dri penyakit drah tinggi..
x pa la dah lah bangun awal pas 2 trus sapu sampah...
habis satu krja kerja lain pla harus wat..
basuh baju,sidai baju..bagi budak2 tu mandi,pakai bju,wat susu...
tidurkan bebudak tu tapi yang tekanan nya ya kakak yang 4 tahun tu ska jer wat adik dia..
hai kesian sungguh kat adik dia...ketegar sungguh langsung x takut bila orang marah..
dah habis volume lah jerit kat bebudak dua orang tu..hari nie dan smpai dua bulan saya yang akan uruskan smuanya...bagi mak rest sat slma dua blan nie..kesian kat mak..
saya sayang mak x pa lah biar akak yang amik tanggungjawb mak..
begitu payahnya mak cari duit untuk kami skeluarga..
kesian mak..akak x sanggup tengok mak jerit2 kat budak2 tu..
almklumlah kalau x garang t budak tu lagi lah buas kan..
kenalah wat2 garang walaupun saya memang x garang...
dah dengan kerenah budak2 tu dengan adik yang kecik tu pla..
balik ja sekolah mesti duk gusik budak2 tu..geram btulla..
kalau adik g sek rasa aman lah sikit...ha memang letih x dpt nak digmbarkan..
akak janji nanti akak krja akak akan sara mak gan ayah..
akak x mau tengok mak ayah hidup susah lagi...
akak akan belajr rajin2...
akak sayang mak gan ayah...


Friday, 6 May 2011

Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Terima kasih Mak..selamat hari ibu...



Di Malaysia dan sebahagian besar negara lain pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun diadakan sambutan Hari Ibu.
 Pada hari ini anak-anak akan meraikan ibu mereka dengan berbagai cara. 
Tidak kiralah apa yang anda lakukan untuk ibu anda hari ini walaupun sekadar ucapan ringkas pasti menggembirakan ibu anda.

Walaupun begitu perlulah diingat bahawa menghargai ibu bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Sebagai umat Islam kita wajib mentaati dan menghormati ibubapa kita pada setiap masa. 
Ini boleh dilihat pada Firman Allah, bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).

Walau di mana atau siapa pun kita ingatan kepada ibu perlulah sentiasa segar dalam ingatan, tidak kiralah samada mereka masih bersama kita atau sudah tiada.
 Fikirkanlah, kita berada dalam perut ibu selama 9 bulan dan ibu bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Jadi layanlah mereka sebaik mungkin, temanilah mereka sekerap yang boleh dan hargai jasa mereka sepanjang masa. Sentiasalah kita mendoakan ibu kita lebih-lebih lagi jika ibu kita sudah meninggal dunia.

hayatilah maksud di bawah nie :-


Orang kata aku lahir dari perut mak....
(bukan orang kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan....mak
Bila sedih, aku mesti telefon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak
Bila bengang, aku suka luah pada....mak
Bila takut, aku selalu panggil...."mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau....mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni....mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku....mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....mak
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine....aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu....aku ingat pasanganku
Selalu....mak ingat kat aku
Bila-bila....aku akan telefon pasanganku
Entah bila....aku nak telefon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila....aku nak belikan hadiah untuk mak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.....
Tapi kalau mak sudah tiada.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

p/s : selamat hari ibu mak..akak syg mak sgt2....i love you mak.. Ya Allah,ampunilah dosa2 ibuku..limpahkan kasih sayngmu padanya Ya Allah..mak,dirimu tiada ganti...terima kasih kerana sentiasa menyokong diri ini..
akak sayang mak!!! Pn Normah Ismail,terima kasih atas kasih sayang,perhatianmu..
hanya Allah sj yg dpt membalasnya..
I Love You Mak...



Thursday, 5 May 2011

~~Saya sayang mak n ayah~~

Masa saya menulis entry nie,saya teringat kepada dua insan yang amat saya sayangi...
saya sayang mereka teramat2 sangat sbnya diorang je dalam dunia nie yang saya caya betul2
sayang kan saya....
Masa saya susah mak gan ayah  lah yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya supaya saya tidak cepat putus asa dalam menghadapi dugaan tersebut...
tanpa mereka sudah tentu saya akan cepat berputus asa..
saya memang seorang yang lemah dan cepat menangis..
hanya itu sahaja yang mampu saya lakukan..
saya tidak kuat...sebab mak dan ayah lah saya bangkit semula untuk belajar menghadapi dugaan yang sebenar..
saya tidak akan cepat melatah jika dugaan yang saya terima..
saya akan hadapi dengan tabah dan sabar...
Masa saya dalam keadaan senang mak gan ayah langsung x amik kesempatan...
bukan senang dari segi pa tapi senang time saya dapat ptptn..
wang tu saya gunakan untuk pelajaran semata2..
mak gan ayah yang betul2 memahami diri saya..
mereka langsung x meminta wang yang saya dapat tu..
mereka faham dengan wang sebegitu akan saya gunakan untuk pelajaran saya semata2...
selama saya dapat pinjaman ptptn sbnyak 2500 akan saya gunakan sebaik mungkin..
 x pernah saya memnta wang lagi untuk mak n ayah..
saya x sampai hati..saya tau mereka jugak tidak punya wang..
tapi masa sem 4 nie,saya memang terpksa minta wang kat mak gan ayah..
sbnya saya ulng alik dari tmpt krja gan rumah mengambil masa setengah jam..
dengan makan,minyak dan lain2 lagi dengan wang 2500 memg x cukup...
saya sungguh kecewa sebabnya saya terpaksa minta duit kt mak gan ayah..
akak mnta maaf ayah mak sbnya adik terpksa minta duit sma ayah gan mak..
nie semua gara2 kekejaman bos...bos langsung x bertimbang rasa dengan praktikal..
dah janji nak bagi elaun tapi langsung x bagi elaun..langsung x punya hati dan berperikemanusian kepada kami yang bersusah payah untuk syrikat tersebut..setiap2 hari kami dberikan kerja mcm2 sampai boleh dkatakn hari nie nak kuar pun still wat krja..langsung x punya hati dan perasaan..setidak2 nya x bagi elaun full pun bagi 50 rgit pun jadila..nie tak langsung x hulur pun sedikit dan yang menyayat hati langsung x ucap pa2 kepda kami...aduhhh begitu angkuhnya orang melayu sekarang..
mudah lupa..seperti kacng lupakan kulit....

Napa saya kecewa???
sebab andai kata saya dipanjangkan umur sampai 100 tahun sekali pun even 1000 tahun sekali pun belum tentu saya mampu balas kasih sayang,jasa,ilmu dan segala apa yang mereka ajar saya untuk menjadi orang yang berguna...

Kadang-kadang saya terdengar kisah tentang ibu bapa mereka yang bermasalah,saya bersyukur kerana dikurniakan seorang mak ayah yang begitu baik sangat2..tanpa mereka saya tidak akan menjadi manusia yang berguna..kini saya telah dididik untuk menjadi anak yang baik,dan berguna...
saya amat2 berterima kasih sangat2 pada mak ayah saya..
saya bangga kerana punya mak ayah seperti puan normah dan encik kasim..
saya x tau nak cakap macamana..
kasih sayang mak buatkan saya kuat untuk teruskan hidup lepas diuji macam2 perkara dan watkan saya fikir macam perkara2...
Ayah...didikan ayah watkan saya jadi lebih tabah,tak takut untuk survive di negeri orang sendirian,wat saya tau yang mana baik dan yang mana salah...
terima kasih mak ayah..
mak ayah adalah idola saya untuk selamanya...

selalulah doakan untuk mak ayah kita...




Rahmat di sebalik ujian

Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.

Di hujung ujian ada Rahmat yang disediakan buat orang-orang yang berjaya, dan penyesalan buat orang-orang yang gagal. Jika kita tak pernah memahami atau cuba untuk mengerti hakikat ini, maka kita akan terus terkandas dalam ujian. Ujian demi ujian, keluhan demi keluhan, hidup terus berjalan dengan tertekan, tak pernah merasakan kenikmatan di sebalik ujian. Maka kita sangat perlu memahaminya, bahawa Rahmat Allah menanti di sebalik sesebuah ujian. Ujian itu takkan pernah hilang daripada papan cerita kehidupan ini.

Ujian membawa kita semakin dekat dengan pemberi ujian, mungkin juga sebaliknya. Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta. Itu tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tak pernah meninggalkan kita sendirian, kita bagaimana?

who am i????

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Iman itu memerlukan pembuktian. Seberat-berat ujian yang pernah kita alami, tak mungkin seberat Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya. Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.

Ujian itu adalah tempaan Allah buat orang-orang beriman. Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Maka kita beruntung kerana Allah akan mengangkat darjat kita dengan ujian yang diturunkannya. Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi. 

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)”

sebelum saya baca ayat ini,hati begitu sedih sekali..
hati nie selalu memikirkan kenapa harus saya diberi ujian sebegini sekali...
kenapa saya??kenapa bukan orang lain??
setelah membaca ayat ini berulang kali barulah hati nie rasa lega teramat amat sangat..
ujian yang allah turunkan kepada kita tanda sayang-NYA dia terhadap saya..
saya x akan mengeluh lagi jika ujian yang menimpa ke atas diri saya..
saya akan hadapi dengan sabar dan tabah...
orang yang sabar dan tabah akan disayangi oleh ALLAH..
saya nak disayangi oleh allah...saya akan sabar selepas ini dengan ujian akan datang...
tapi saya x kuat..ujian baru sedikit sahaja saya dah menangis sampai nak banjir lah tempat yang saya duduk..
kenapalah saya harus mengalah dengan begitu sahaja...
padahal baru sedikit ujian yang ALLAH turunkan kat saya..
bukan ujian yang besar seperti mana Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya.
Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.
ya saya yakin setiap apa yang terjadi ALLAH mengetahui apa yang benar apa yang salah..
kenapa harus saya takut??kenapa harus saya panik??kenapa harus saya gelabah??
kenapa harus saya cepat menangis??kenapa harus saya mengalah??
jikalau saya dalam keadaan yang benar saya x perlu takut...
orang yang bersalah sahaja perlu takut dan perlu malu dengan orang len..
saya x pernah kacau orang mahupun nak menjatuhkan orang..
saya dah dididik dari kecik sampai sekarang dengan ilmu agama..
mak ayah kata "kita harus hormat dengan orang tua,kawan2 serta orang di sekeliling".
ya sebab itu lah kalau orang nak marah ka nak kata pa ka saya amik keputusan dengan berdiam diri..berdiam diri lebih baik..itu paling bermakna yang pernah saya memiliki...
biarlah saya yang dipersalahkan seratus peratus pun kalau itu memuaskan hati mereka walaupun kebenarannya biarlah saya seorang yang tahu..
saya tetap akan sabar dan sabar...
saya x mahu bergaduh mahupun memarahi orang,saya lebih rela dimaki hamun atau dimarahi kalau itu lebih bek dripada bergaduh...
ALLAH berada di samping orang yang sabar dengan segala ujiannya..

Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!